Sepasukan lima pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Islam di bangunan SUK di Shah Alam hari ini.

Mereka merampas beberapa dokumen berhubung peruntukan kepada DUN Sementa – kawasan pilihanraya angkat Rodziah.

Ketika dihubungi, seorang pegawai Rodziah memberitahu Malaysiakini bahawa pegawai SPRM itu menyerbu pejabat tersebut pada kira-kira jam 3 petang.

“Mereka adalah pegawai SPRM sama yang datang dua hari lalu,” katanya.

Rabu lalu, SPRM membatalkan pada saat-saat akhir serbuan ke pejabat Rodziah selepas berbincang dengan peguamnya.

Pembantu Rodziah juga tidak membenarkan mereka masuk ke pejabat exco tersebut.

Laporan Gerak

Rodziah sedang menghadiri mesyuarat exco pada hari berkenaan tetapi peguamnya datang ke pejabatnya untuk berbincang dengan pegawai SPRM berkenaan. Berikutan itu, serbuan tersebut dibatalkan.

Rodziah merupakan pengerusi kebajikan, wanita, sains, teknologi dan inovasi.

Kehadiran pegawai SPRM itu adalah sebahagian daripada siasatan terhadap dakwaan salahguna peruntukan negeri, dipercayai ekoran laporan yang dibuat oleh NGO anti-rasuah, GERAK.

Sumber: Malaysiakini

Peh dua kali serbuan SPRM buat, mau kecut Akak Ogy kita ni ek? Apapun Kak Ogy, pandai buat pandai la tanggung ok? Kepada SPRM, diharap jangan takut dengan sebarang ugutan atau ancaman. Anggap ianya asam garam kehidupan. Sememangnya SPRM ditakuti oleh orang yang membencinya… Siapa yang tak suka SPRM? Siapalah lagi jika bukan PERASUAH, PENYELEWENG dan PENYALAH GUNA KUASA.