ADUN Galas, Che Hashim Sulaima yang sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Guangzhao, China bagi barah usus, dijadual menjalani pembedahan hari ini.

Pengarah Pilihanraya PAS Negeri, Abdul Fatah Harun berkata keadaan wakil rakyat itu dilaporkan masih kritikal.

“PAS telah mengadakan solat hajat dan berdoa supaya wakil rakyat berkenaan kembali sihat dan pulih serta dipanjangkan umur untuk meneruskan khidmatnya kepada rakyat di kawasannya,” katanya kepada Bernama hari ini.

Katanya Che Hashim telah menjalani rawatan di China sejak 18 hari lepas dan menurutnya wakil rakyat itu disahkan menghidap barah usus kira-kira tiga bulan lalu selepas menjalani rawatan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Katanya, PAS Kelantan meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membiayai rawatan Che Hashim di China.

Che Hashim berjaya merampas DUN Galas dari BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandangnya dari BN, Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Pada tahun 2004, Che Hashim tewas kepada Saufi dengan majoriti 1,729 undi. Saufi mendapat 4,184 undi manakala Che Hashim memperolehi 2,455 undi.

Sumber: Malaysiakini

Wah sampai RM 20 ribu peruntukan utk biaya rawatan ADUN Galas, mana PAS dapat duit sebanyak ni ek? Ada pulak duit? Tapi yang pelik, ramai rakyat Kelantan lebih berhak mendapat RM 20 ribu itu jika diagih-agihkan. Aku bukanlah hendak menafikan keperluan ADUN Galas tersebut, tetapi sampai ke China buat rawatan, kat Malaysia ni takde pakar ke? Rasanya bersepah pakar kat Malaysia ni. Baik hospital kerajaan mahupun hospital swasta. Mengapa memilih negara China? Pelik bukan? Hummm….

Advertisements