Baru-baru ini tersebar video palsu yang mengatakan rakaman soal-siasat SPRM. Yang jelas video seolah-olah sengaja dirakam untuk menfitnah SPRM. Lakonan mereka di dalam video ini sungguh menjengkelkan. Apa yang pasti, Tan Boon Hwa sendiri mengakui bahawa dia orang terakhir bertemu dengan Teo Beng Hock. Jika dia orang terakhir, sudah pasti Tan bertemu Teo selepas sesi soal-siasat. Kualiti video juga kurang baik, serta wajah orangyang didera sengaja disembunyikan. Apa yang pasti itu bukan Teo Beng Hock. Dan mereka yang lain itu juga bukan pegawai SPRM. Kenapa video ini disebarkan? Sudah tentulah mereka yang bertanggungjawab mahu imej SPRM tercalar. Siapa yang bertanggungjawab melakukan perkara ini? Sudah tentulah mereka yang tak mahu kes penyelewengan mereka disiasat oleh SPRM.

Apa-pun, pesan aku tengok boleh, tapi percaya jangan….

Advertisements