Hairan, rampasan MBSA dipulang

SHAH ALAM – Menghairankan apabila tidak sampai tempoh 24 jam Bahagian Pelesenan dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merampas 70 tin termasuk botol minuman beralkohol dari sebuah kedai serbaneka di Jalan Liku D 8/D, Seksyen 8 dekat sini, Rabu lalu, namun pihak terbabit memulangkan barangan tersebut petang kelmarin.

Difahamkan, dalam serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, dua pegawai MBSA merampas kesemua minuman beralkohol setelah menerima aduan daripada penduduk setempat sejak beberapa bulan yang lalu bahawa premis tersebut menjual minuman haram itu kepada pembeli beragama Islam.

Rentetan aduan itu, MBSA melakukan serbuan dan merampas sebilangan minuman beralkohol pelbagai jenama yang dipercayai mengandungi lebih lima peratus kandungan alkohol.

Berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis kali keempat 2009, Majlis telah memutuskan satu dasar mengenai aktiviti penjualan minuman keras di bawah kadar lima peratus kandungan alkoholnya di premis kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Dasar tersebut adalah larangan menjual minuman keras di kawasan pentadbiran Majlis dari Seksyen 1 hingga Seksyen 24 dan di kawasan majoriti penduduknya beragama Islam.

Penguatkuasaan ke atas penjualan minuman keras di premis kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit dikuatkuasakan pada 1 Jun lalu.

Timbul tanda tanya di sini apabila anggota MBSA memulangkan semula minuman beralkohol itu kira-kira jam 4 petang kelmarin iaitu tidak sampai tempoh 24 jam barangan itu dirampas.

Kedai serbaneka tersebut difahamkan telah diberi notis pemberitahuan dan larangan kepada premis terbabit sebanyak dua kali iaitu pada Mei dan Julai lalu termasuk 42 cawangan lain premis itu di seluruh kawasan pentadbiran MBSA.

Sementara itu, Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor berkata, beliau mengesahkan rampasan minuman beralkohol dan penyerahan semula bara-ngan itu kepada pihak terbabit.

“Dasar majlis yang telah diputuskan tidak akan ada pembaharuan namun kita akan memberhentikan seketika operasi itu sehingga mendapat arahan daripada Kerajaan Negeri,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Tinjauan Sinar harian di kedai serbaneka, pasar mini dan kedai runcit di Seksyen 18, 19, 20 dan 24 mendapati masih terdapat beberapa premis menjual minuman beralkohol walhal kesemua peniaga telah dimaklumkan berhubung keputusan dasar majlis yang melarang penjualan minuman beralkohol.

Sumber: Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story3007149.asp

Ronnie Liu Arah MBSA Pulangkan Rampasan Arak?

Tindakan Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu mengarahkan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di sini kelmarin akan dibincangkan dalam Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri minggu depan.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan menyiasat kejadian itu dan mendapatkan penjelasan daripada Ronnie yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri tentang apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan mendapatkan penjelasan daripada Exco terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Falak Selangor 2009 di Auditorium Sirim di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Ronnie yang mengarahkan anggota penguat kuasa MBSA memulangkan semula minuman keras yang dirampas daripada sebuah kedai serbaneka di Seksyen 8 di sini kelmarin.

Mengulas isu penjualan minuman keras di bandar raya ini yang menimbulkan perbezaan pendapat antara wakil rakyat Pas dan DAP, Khalid berkata, minuman keras masih boleh dijual di premis di bandar raya ini tetapi perlu mempunyai lesen dan dibuat secara tertutup.

Bagaimanapun ujar beliau, kerajaan negeri masih dalam proses untuk menentukan garis panduan supaya penjualan minuman keras dibuat secara tertib dan berhemah bagi mengelak kesan sampingan khususnya kepada orang Islam.

Jelasnya, asas kepada peraturan yang masih dalam kajian itu ialah orang Islam diharamkan membeli dan menjual arak dan penjualan minuman keras kepada bukan Islam pula perlu dibuat secara tertib.

“Kita baru mengadakan perjumpaan dengan operator dan pengendali premis yang beroperasi di sini kira-kira dua bulan lalu. Kita jangka dalam tempoh tiga dan empat bulan akan datang baru kita boleh buat keputusan.

“Kita perlu melihat dan faham apa peraturan yang dibuat di negeri lain termasuk yang dipraktikkan di Kuala Lumpur,” jelasnya.

Sebelum ini, beberapa wakil rakyat Pas dan DAP berbeza pendapat mengenai peraturan penjualan minuman keras di bandar raya ini berikutan Pas mahu kerajaan negeri mengharamkan penjualan minuman keras di kawasan yang majoriti penduduk beragama Islam.

Bagaimanapun cadangan itu mendapat bantahan keras wakil rakyat DAP dengan alasan peraturan itu tidak adil bagi orang bukan Islam.

Tindakan Ronnie jelas tidak menghormati MBSA. Malah undang-undang dibuat oleh Kerajaan Selangor sendiri juga tak dipatuhi. Inilah jika Khalid Gagap jadi Pak Turut aje. Akhirnya Kerajaan Selangor ditimpa masalah tanpa henti, akibat samseng tua sorang ni… Khalid Gagap, elok nko berhentilah jadi MB, biar je Ronnie jadi MB Selangor…

Advertisements