KUALA LUMPUR – Kesesakan lalu lintas teruk selama dua jam di Jalan Ipoh dan Jalan Tun Razak di sini sejak jam 11 pagi semalam adalah berikutan perhimpunan haram lebih 100 orang membantah tindakan Maika Holding, syarikat milik parti MIC yang didakwa akan membeli tanah Kampung Buah Pala di Pulau Pinang.

Katua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, perhimpunan itu yang diketuai oleh beberapa pemimimpin parti DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bermula jam 11.30 pagi di sebuah hospital swasta berhampiran Ibu Pejabat MIC di Jalan Rahmat sebelum berarak menuju ke bangunan tersebut.

Beliau berkata, bagi mengelakkan berlaku kekecohan dan pergaduhan, polis mengambil tindakan dengan menempatkan beberapa anggota polis dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk mengawal keadaan.

“Polis telah dapat mengawal keadaan dan tiada sebarang kekecohan yang berlaku, serta tiada tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, polis turut merampas beberapa kain rentang yang dibawa dan berjaya menyuraikan perhimpunan itu pada 1 tengah hari.

Antara pemimpin DAP dan PKR yang turut serta dalam perhimpunan itu adalah Naib Pengerusi DAP M. Kula Segaran, Timbalan Setiausaha-Agung DAP, Profesor P Ramasamy, yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Naib Presiden PKR, R. Sivarasa dan Ahli Parlimen Klang, S Manikavasagam. – Bernama

Kenapa PR beriya-iya mahu menghalang niat baik MIC mahu membeli tanah Kg Buah Pala? Apa motif mereka? Bukankah niat MIC itu baik? Inilah PR, apa yang mereka tahu nak bangkang aje… Itu bangkang, ini bangkang… MIC nak bantu nasib penduduk Kg Buah Pala pun nak dihalang. Jika PR benar-benar mahu bantu, penduduk Kg Buah Pala, kenapa tak bantu sejak awal lagi? Aku pun tak faham apa dalam otak mangkuk-mangkuk tingkat ni sebenarnya…

Advertisements