Marilah kita sama-sama perhatikan statement-statement di bawah berikut ini, terpulanglah kepada kita untuk memuhasabah diri masing-masing (terutamanya buat pendukung-pendukung PAS),

1 – PAS Mendakwa: UMNO menjadi kafir kerana berkerjasama dengan parti-parti kafir seperti MIC dan MCA. “Sesiapa yang redha dengan kufur maka dia menjadi kufur..” (Kuliah Di Marang 1983)

KEMUDIANNYA..

PAS berkerjasama dan berpelukan dengan calon-calon DAP dan calon-calon bukan Islam dalam pilihanraya ke-11 & 12.

2 – PAS Mendakwa: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.

KEMUDIANNYA..

Dalam pilihanraya ke-12 PAS meminta ahli-ahlinya memangkah calon bukan Islam dari parti PKR dan DAP. Bahkan PAS meredhai Guan Eng sebagai pemimpin mereka di P.Pinang.

3 – PAS Mendakwa: “Kerajaan BN adalah kerajaan mungkar kerana membiarkan kilang-kilang arak dan kelab-kelab malam beroperasi…”

KEMUDIANNYA..

Selepas PAS dan rakan-rakan mereka menang di Selangor, mereka tidak pula membantah kilang-kilang arak yang besar-besar di negeri itu seperti Carslberg di Shah Alam dan Kelab The Ship yang PAS begitu marah pada masa lalu. PAS marahkan UMNO atau marahkan kemungkaran?
Dato’ Dr.Hasan Ali menyatakan PAS tidak pernah berjanji nak hapuskan kilang arak dan judi. Beliau juga mencabar sesiapa dapat buktikan pemimpin PAS pernah membuat janji sedemikian. (Utusan m.s 15, 27 Mei 08)

4 – PAS kata kepada Pak Lah semasa beliau TPM diarahkan mengawal virus JE: “Badawi di arab jaga unta, badawi di Malaysia jaga babi”

KEMUDIANNYA..

Kerajaan Selangor yang disertai oleh PAS cuba mengendalikan urusan babi bahkan mencanggihkan ladang babi, tak pulak PAS kata kerajaan mereka ‘kerajaan babi’.

5 – PAS Mendakwa: Mahathir firaun, thaghut, dosanya tidak terampun, perosak negara, kejam dan berbagai lagi.

KEMUDIANNYA..

Bila Tun Mahathir kritik Pak Lah, PAS puji Mahathir, ada pemimpin pemuda PAS yang cium tangan Mahathir semasa dia ceramah di Tmn Melewar. PAS kata: “Mahathir bijaksana, negarawan terbilang, sangat berjasa, kuat memikirkan kepentingan negara, Malaysia memerlukan orang seperti Mahathir bukan Pak Lah”.

6 – Ketika Anwar Ibrahim duduk dalam UMNO, PAS kata: “Anwar munafik, pengkhianat agama, jual agama, berpura-pura…”

KEMUDIANNYA..

Bila Anwar kena pecat, PAS kata: “UMNO buang Anwar sebab dia pejuang Islam, dia memerangi rasuah dan itu tandanya UMNO anti-Islam”.

7 – Ketika Anwar dituduh dengan tuduhan seks, PAS kata: “Dalam Islam tidak boleh tuduh orang dengan tuduhan seks, melainkan kena ada empat orang saksi”. Macam tu juga depa kata semasa Mat Sabu dituduh berkhalwat.

KEMUDIANNYA..

Bila PAS ceramah, ramai penceramah PAS tuduh pemimpin UMNO dengan tuduhan seks dan pelbagai lagi tuduhan, PAS kata: “Ini tujuannya untuk menegakkan Islam iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar..”

8 – PAS Mendakwa: “Sesiapa yang menolak hudud kerana masyarakat majmuk maka dia menjadi kafir”

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah yang baru memerintah kata: “Kedah tidak boleh buat macam Kelantan dalam semua benda seperti tutup pusat judi, sebab di Kedah ramai orang bukan Islam, bukan macam Kelantan.

9 – PAS Mendakwa: “Bersekongkol dengan parti politik yang tidak bepegang dengan dasar Islam jadi sesat atau kufur”.

KEMUDIANNYA..

PAS berkawan dan berjihad bersama PKR. Bahkan PKR yang memimpin PAS sekarang, sedangkan parti Anwar itu tidak pun menyebut dalam perlembagaannya Islam sebagai dasar.

PADA MULANYA…

10 – PAS Mendakwa: “Kerajaan yang tidak berusaha menjalankan hukum hudud adalah kerajaan yang Quran kata: “Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah, maka mereka adalah orang-orang kafir”.

KEMUDIANNYA..

PAS Kedah Mendakwa: “Hudud tidak termasuk dalam keutamaan kerajaan PAS Kedah” (Azizan Razak)

Terima Kasih: Blog Pemuda UMNO Bhgn Jasin

Advertisements