Tok garu Nik Ajis telah mengumumkan tiada perpaduan Melayu antara Pas dan UMNO. Sebelum ni pun, Nik Ajis dah laungkan, tidak ada sebarang rundingan berasaskan perpaduan Melayu tapi kalau ada perpaduan pun berasaskan Islam. Yakni, tidak pada perpaduan Melayu dan ya kepada perpaduan Islam. Itu menurut Nik Ajis.

Nik Ajis tak sedar diri yang dia tu orang Melayu dan dia tak pernah pun dia Melayu. Sebabtu la Nik Ajis tak pernah nak pakai baju Melayu, yang dia duk pakai pun hanyala jubah dan serban besar bak busut atas kepala. Kenapa dia duk pakai macam tu?

Oh Tok Garu, buanglah serban besar bak busut diatas kepalamu itu jika kamu takut nak laksanakan hukum dan undang – undang Islam seperti yang anda laungkan tu. Anda lebih takutkan Anwar Ibrahim dan DAP lagi dari nak memperkasakan perpaduan Melayu – Islam. Anda lebihkan menjaga periuk nasi sendiri daripada perpaduan.

Nik Ajis, malukah anta mengaku sebagai seorang Melayu? Oh, penulis rasa malu ada pemimpin sebangsa dengan penulis yang malu sangat nak mengaku bangsanya sendiri. Oh, Tok Garu. Nanti, tukarlah status Bumiputera dalam kad pengenalan anda dan tukarlah bahasa sekali ya. Sebut ISLAM betul – betul, jangan sebut ISLE!

Akhir sekali apa yang dapat dirumuskan disini:

-Tok Garu Nik Ajis takutkan Anwar Ibrahim demi menjaga karier politik sendiri.

-Anwar tunjang Pakatan Rakyat cerminan Dajjal di muka bumi ini. Apa yang Anwar seru, semua tak baik. Tidak pada perpaduan, tidak pada Islam dan semuanya tidak. Dia hanya cakap YA berkaitan kejahatan. Adakah benar?

-Pemimpin PR (Anwar, Guan Eng, dll) naik menjadi pemimpin besar dan kerjasama PR tertubuh atas PERPECAHAN dan PERBALAHAN orang Melayu. PRU12 dah menunjukkan Melayu dah pecah belah.

-Pemimpin Pas (Hj Hadi) takut nak suarakan dan tak tegas dalam pendiriannya. Mula – mula pelawa nak perpadu dengan UMNO, tapi bila Nahkoda Nyanyuk parti sendiri menyalak bak anjing kena jolok punggungnya tu melenting, beliau diam membisu.

Benarlah orang kata, presiden Pas memang macam tunggul.

Tulisan Pewaris Melayu

Tersenyum Puaslah DAP, Bila Melayu Tidak Jadi Bersatu

Lihatlah reaksi Ngeh Koo Ham (Pengerusi DAP Perak) yang tersenyum puas setelah Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Pakatan Pembangkang tidak akan menubuhkan kerajaan perpaduan dengan UMNO pada 22 Jun 2009. Ngeh Koo Ham memegang erat kerusi yang diduduki oleh Haji Hadi Awang (Presiden PAS), seolah memberi sokongan kuat agar Haji Hadi menolak kerajaan perpaduan. Sivakumar pun tersenyum puas memandang Ngeh bila perpaduan tidak jadi.

Malah Haji Hadi menyifatkan idea kerajaan perpaduan sebagai satu fitnah dan tindakan jahat UMNO. “Satu cara yang sangat jahat, satu fitnah untuk melaga-lagakan bukan untuk perpaduan.” kata Haji Hadi. Keikhlasan telah disambut dengan kata nista dan putar belit. Inilah yang berlaku bila ada orang Melayu sendiri yang sanggup termakan hasutan DAP agar Melayu terus berpecah belah. “Jangan tutup langsung rundingan dengan semua pihak kerana ia bercanggah dengan tuntutan Allah,” kata Haji Hadi ketika mengulung perbahasan Muktamar PAS yang ke-55 di Shah Alam pada 7 Jun 2009. Diharap Haji Hadi sedar apa yang diucapkannya semasa muktamar lepas. Rundingan yang baik untuk perpaduan orang Islam tidak wajar ditolak.

Racun DAP telah “patuk” Haji Hadi Awang hinggakan tidak dapat bezakan siapa musuh dan siapa lawan sebenar. Haji Hadi sedang dipengaruhi DAP, harapnya Nasharuddin Mat Isa mampu teruskan rundingan untuk kepentingan bersama orang Islam di Malaysia.

“Kita minta ahli kita supaya dapat membezakan musuh sebenar dan musuh rekaan.”Tetapi jangan leka dengan musuh rekaan sehingga lupa musuh sebenar,” kata Haji Hadi lagi ketika Muktamar PAS. (baca sini). Siapa musuh sebenar dan musuh rekaan yang dimaksudkan Haji Hadi? Erdogan adalah musuh rekaan? DAP dianggap sebagai apa? Musuh sebenar atau musuh rekaan? Mengapa Haji Hadi sanggup menarik balik usulnya untuk berunding dalam muktamar lepas? Apakah ini sebahagian daripada drama politik Pakatan Pembangkang?

Sampai bilakah orang Melayu dalam PAS perlu diperbodohkan oleh lakonan politik ini? Ianya seolah satu drama opera. Skripnya sudah ditulis oleh Anwar Ibrahim sendiri untuk divert isu liwatnya yang hampir untuk diadili. Skrip yang sama juga bakal dinyanyikan atas pentas ceramah PAS di Manek Urai. Kalau di Kuala Terengganu skripnya adalah hudud, di Manek Urai pula isunya adalah kerajaan perpaduan. Di Kuala Terengganu pertembungan antara Karpal Singh dengan pimpinan PAS, di Manek Urai pertembungan antara Nasharuddin Mat Isa dan Nik Aziz. Apakah ianya sengaja dirancang sebegitu?

Sumber: http://mymassa.blogspot.com