Pahang Juara Piala Malaysia

Tahniah kepada pasukan Pahang kerana berjaya menjulang Piala Malaysia dalam perlawanan akhir menentang Kelantan di Stadium Shah Alam malam tadi dengan kemenangan 1-0 terhadap Kelantan. Kemenangan Pahang menamatkan kemarau 21 tahun kejuaraan tersebut semasa menentang Kedah pada tahun 1992.

Gol tunggal kemenangan dijaringkan oleh Matias Conti (gambar) dari Argentina hasil hantaran silang yang cantik dari Azamuddin Akil atau lebih dikenali sebagai Alex.

Penguasaan permainan lebih banyak memihak kepada pasukan Pahang apabila menyerang dari segenap sudut pintu gol pasukan Kelantan sekaligus memusnahkan impian Kelantan untuk terus mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia yang dijuarai pada musim yang lalu.

Kemenangan Pahang juga banyak disumbangkan oleh ketangkasan penjaga gol muda Pahang Khairul Azhan yang banyak menyelamatkan percubaan Kelantan yang semakin sengit pada separuh masa kedua dan memastikan gawang gol Pahang tidak dibolosi.

Jika pada tahun 1992, Dollah Salleh antara pemain yang membarisi pasukan Pahang pada ketika itu, kini bakti beliau terhadap pasukan ini dicurahkan lagi sebagai jurulatih pasukan ini… Tahniah Dollah Salleh…

Penantian selama 21 tahun akhirnya berakhir malam tadi… Harap piala kemenangan diarak keliling Pahang seperti mana peristiwa yang dirakamkan pada gambar di bawah ini… Ini adalah semasa perarakan kemenangan Pahang menjuarai Piala Malaysia pada tahun 1983… Lokasi ialah Jalan Pekan-Kuantan berhampiran dengan Taman Maulana (Peramu Jaya) sebelum Jambatan Sultan Abu Bakar…

Apapun Tahniah kepada pasukan Pahang… HOGOH! PAHANG HOGOH!!