Benarkah Penggunaan Biometrik Tidak Selamat?

Tinggalkan komen


Penggunaan Biometrik Tidak Selamat?

eXception mahu tergelak bila membaca kenyataan Al-Juburi mengenai penggunaan biometrik oleh SPR yang dikatakan kurang selamat, malah ada kalangan anjing-anjing kurap PR menyalak mengiyakan apa yang dikatakan melalui lidah bercabang Al-Juburi itu… Walhal mereka langsung tak nak ambik tahu jenis database apakah yang digunakan oleh SPR dan JPN… Adakah semudah itu sistem ini digodam oleh penceroboh?

Buat masa ni lah belum lagi kedengaran sistem pangkalan data jabatan kerajaan digodam. Tak kiralah JPN ke, KDN ke, Imigresen ke, JPJ ke… Sebab apa? Sebab eXception juga adalah kakitangan bahagian IT sebuah jabatan kerajaan juga… Yang banyak kedengaran yang kerap digodam ialah laman web. Sebab apa? Puncanya ialah webmaster yang tidak endah dengan tahap keselamatan laman web kerajaan dengan menggunakan template Joomla sebagai lanagkah mudah… Untuk pengetahuan semua, penggunaan Joomla adalah tidak relevan jika dibangunkan untuk laman web kerajaan, kerana sifatnya yang mudah diceroboh…

Berbalik pula soal sistem pangkalan data jabatan kerajaan, di sini eXception ingin beritahu bahawa di jabatan eXception bertugas, kami menggunakan sistem pangkalan data DB2. Kami tidak menggunakan Microsoft Access… Malah sistem komputer jabatan pula bukan menggunakan sistem operasi Windows… Tetapi menggunakan sistem operasi khas untuk mainframe yang amat sukar untuk ditembusi… Ini kerana sistem operasi tersebut sahaja, harga lesennya amatlah mahal… Malah bukan boleh main pasang macam kita pasang sistem operasi Windows atau Linux…

Mengapa PR takut sangat SPR menggunakan biometrik? Mahal? Di sini eXception senaraikan harga peranti biometrik yang berada di pasaran. Mahal ke? Tak mahal…

Ini adalah peranti pembaca cap jari yang dijual di Lelong.My. Malah sesuai digunakan oleh SPR sebab ianya bersifat ‘portable’ dan mudah dibawa kerana ianya tidak berat.

Jadi bagi mereka yang mengatakan harga satu unit peranti boleh mencapai puluhan ribu atau jutaan ringgit adalah kurang tepat. Kerana itu merupakan satu jawapan semberono orang yang BUTA IT… Korang tahu guna Facebook tak semestinya korang CELIK IT… Jadi janganlah nak berlagak pandai sangat…

Kemudian, SPR perlu menyediakan komputer (laptop). Kerana peranti ini perlu disambungkan kepada komputer. Mungkin perbelanjaan di sini agak besar yang mana perlu membeli laptop. Tetapi ianya tidak membazir kerana ianya sekali dibeli dan boleh digunakan pada masa akan datang. Berbanding dengan penggunaan dakwat kekal yang mana setiap kali hendak pilihanraya kita perlu beli dakwat tersebut.

Kemudian setiap komputer perlu dilengkapkan dengan perisian untuk membaca dan memaparkan maklumat pengundi. SPR boleh menggunakan sambungan kepada pangkalan data secara remote atau local connection. Remote adalah sambungan pangakalan data terus kepada pangakalan data di HQ SPR. Walaubagaimanapun, penyambungan dari jarak jauh masih belum dipraktikkan lagi di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak yang mana masih belum mempunyai sambungan internet serta jaringan komunikasi mudah alih. Berkemungkinan penggunaan satelit adalah praktikal jika penyambungan dari jarak jauh dilakukan.

Manakala local connection ialah satu salinan pangkalan data telah disalin ke dalam komputer kemudian sistem boleh menyambungkan terus kepada pangkalan data tersebut tanpa perlu sambungan internet atau satelit. Kebarangkalian untuk pangkalan data tersebut dicuri sekiranya komputer tersebut dicuri amatlah sikit, kerana untuk keselamatan, setiap maklumat dalam pangkalan data perlu dienkripsi. Oleh itu sesiapapun termasuk pegawai SPR yang bertugas di kawasan pilihanraya TIDAK BOLEH mengubah maklumat di dalamnya kerana hanya sistem tersebut sahaja boleh membacanya…

Kebaikan penggunaan biometrik adalah dari segi praktikal dan tidak menyusahkan pengundi yang terpaksa menunggu dakwat kekal luntur. Malah penggunaan dakwat kekal tidak lagi relevan kerana ianya mudah diperolehi dari pasaran gelap. Semuanya tidak mustahil… Kemungkinan PR sudah bersedia sejak PRU 12 lagi dengan memborong dakwat kekal dalam kuantiti yang banyak, kemudian apabila SPR membuat keputusan saat akhir tentang penggunaan dakwat kekal, mereka menjadi marah kerana sudah melaburkan banyak wang untuk membelinya.

Pesta Bikini Dan Erotik Di Penang. Mana Ostad PAS??

10 Komen


Pesta Bikini Dan Erotik Di Penang. Ostad PAS Buat-Buat Buta?

Seorang rakan menghubungi eXception melalui Facebook, dan memberikan link Facebook Hard Rock Hotel Penang. Beliau meminta eXception membuka album di dalam Facebook Hard Rock Hotel Penang yang bertajuk, ‘Miss Hard Rock Penang 2011′.


Wow!! Terpana eXception sebentar melihat gambar-gambar aksi erotik dan menghairahkan amoi-amoi yang putih melepak ni… Kemudian eXception terfikir… Mana pergi ostad-ostad PAS yang dok melalak pasal Tiger Show kat Hotel Marriot Putrajaya dulu? Mana perginya Ostad Hassan Tantawi? Manakala Dr Lo’ Lo’ yang mendedahkan perkara tersebut pula, sudah pun pergi menghadap Allah Yang Maha Esa… Jadi eXception tak nak bangkitkan pasal kenyataan Dr Lo’ Lo’…


Mungkin disebabkan Pulau Pinang berada di bawah pemerintahan khalifah tersohor, iaitu Khalifah Umar Lim Guan Eng… Maka ostad-ostad PAS buat-buat tak nampak? Mungkin jika ianya berlaku di Negeri Sembilan, di Pahang, di Melaka… Maka ostad-ostad PAS ni akan menyalak tak henti-henti macam anjing nampak hantu?

Kalo Nuar Al-Juburi tu eXception tak kisah sangat la, mata dia pasti akan terbeliak melihat amoi-amoi yang gebu ni beraksi erotik… Mungkin tak perlu lagi dia import amoi dari China lagi, sebab amoi Penang pun gebu jugak… Ha ha ha ha… Mat Sabu lagi la, ligat melihat amoi-amoi yang gebu ni, terus lupa kat Normah…

Mungkin kalangan anjing-anjing kurap PR akan spin mengatakan ianya berlaku semasa pentadbiran kerajaan BN lagi… Ha ha ha ha ha, wujud lagi ke kerajaan BN di Pulau Pinang pada tahun 2011? Tahun 2011 tu bai… bukan 2001… Apapun, aku pasti ostad-ostad PAS takkan bersuara malah berdecit sekalipun untuk menegur Khalifah Umar Lim Guang Eng ni… Kat Kedah pun Ostad Jijan terketar lutut menyembah DAP… Itu baru je DAP beri kata dua… Ha ha ha ha… Mungkin sepanjang bulan Ramadhan ni akan lebih banyak aktiviti sebegini di Pulau Pinang dan Kedah…

Jangan lupa tengok yang ni jugak…

Tiger Show Di Negeri Khalifah Umar Lim Guan Eng

Yang ni jugak…

Panas!! Pesta Seks & Arak Di Sungai Buloh

Benarkah Dakwaan Tiada Pemimpin UMNO Berjuang Menentang Penjajah?

Tinggalkan komen

Membongkar Dakwaan Pihak Tertentu Kononnya Tiada Pemimpin UMNO Terlibat Dalam Perjuangan Menentang Penjajah

Ramai yang tak tahu sejarah penjajahan Inggeris (kini digelar British) di Tanah Melayu, ramai kalangan buta sejarah menerima bulat-bulat fakta palsu yang mengatakan pemimpin UMNO dahulu membiarkan Inggeris menjajah Tanah Melayu, tak kurang juga yang memesongkan fakta dengan mengatakan tiada seorang pemimpin UMNO terlibat dalam penentangan terhadap Inggeris…

Kalangan mereka yang menerima bulat-bulat fakta palsu ini adalah dari kalangan anak muda yang gagal dalam mata pelajaran Sejarah ataupun mengambil mata pelajaran tersebut secara terpaksa tanpa memahami dengan teliti fakta sebenar tentang sejarah penentangan terhadap penjajahan Inggeris. Di sini eXception akan bongkar kisah sebenar bagaimana bermulanya penentangan penjajahan Inggeris di Tanah Melayu dan siapakah watak-watak penting disebalik penentangan ini.

Penjajahan di Tanah Melayu telah bermula sejak tahun 1511 di mana sejak zaman kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka kepada penjajah Portugis. Apakah niat sebenar Portugis ini menjajah Tanah Melayu? Tujuan Portugis adalah bersifat serampang tiga mata iaitu menguasai Melaka yang maju sebagai pusat perdagangan serantau, melebarkan pengaruh ke asia tenggara dan menyebarkan fahaman Kristian. Kemudian Tanah Melayu dijajah oleh Belanda selepas Portugis dan seterusnya Inggeris…

Zaman penjajahan Inggeris telah berlaku sejak tahun 1867 lagi, ketika itu tidak lagi wujud UMNO mahupun PAS… Jadi tak wujud fakta yang mengatakan pemimpin UMNO membenarkan Inggeris masuk ke Tanah Melayu… Semua itu adalah BOHONG!! Dari tahun ke tahun Inggeris meluaskan pengaruhnya dan mengamalkan corak pemerintahan kolonial. Ramai kalangan orang melayu tidak berpuas hati dengan Inggeris kerana memeras dan mengenakan cukai yang tidak munasabah terhadap penduduk Tanah Melayu dan membangkitkan pemberontakan sekitar tahun 1786.

Penentangan bukan sahaja berlaku di Semenanjung Tanah Melayu malah juga di Sabah dan Sarawak. Kebangkitan gerakan anti-British memperlihatkan gelombang penentangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh tempatan seperti Penghulu Dol Said di Naning, Datuk Siamang Gagap di Seri Menanti dan Yamtuan Tunku Antah di Sungai Ujong, Dato’ Maharajalela, Dato’ Sagor dan Sultan Abdullah di Perak, Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau di Pahang, Tok Janggut di Kelantan, Raja Mahadi di Selangor, Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu, Tok Moris, Tunku Kudin dan Tunku Muhammad Saad di Kedah, Rentap, Rosli Dhoby dan Sharif Mashor di Sarawak serta Mat Salleh, Antanum, Pak Musa dan Syarip Usman di Sabah.

Walaupun penentangan mereka berakhir dengan kegagalan namun semangat juang mereka untuk mengembalikan hak dan kedaulatan tanah air wajar disanjung. Ingin dimaklumkan juga pada waktu itu UMNO masih belum wujud, apa lagi PAS… Jadi bohonglah jika ada yang mengatakan pemimpin UMNO tidak terlibat dalam perjuangan dalam gelombang pertama ini, kerana UMNO masih belum wujud ketika ini.


Tok Gajah


Datuk Bahaman


Mat Kilau


Mat Salleh


Rentap

Kemudian penjajahan Jepun telah memaksa British berundur dari Tanah Melayu. Sebelum penjajahan Jepun bermula, penduduk Tanah Melayu terpesona dengan slogan Jepun iaitu ‘Asia Untuk Orang Asia’ yang menyebabkan ramai yang membantu Jepun memasuki Tanah Melayu dengan harapan pemerintahan Jepun adalah lebih baik dari pemerintahan British.

Akan tetapi, ibarat keluar dari mulut harimau, terjun ke dalam mulut buaya, pemerintahan Jepun yang disangkakan baik, rupanya lebih teruk dari Inggeris. Makanan terpaksa dicatu. Beras menjadi mahal dan sukar didapati. Pemerintahan Jepun yang bersifat kuku besi ini sedikit sebanyak membangkitkan penentangan maka tertubuhlah MPAJA (Malayan People Anti-Japanese Army). MPAJA menggunakan cara perang gerila dalam memerangi tentera Jepun. Selama 3 tahun lebih era pemerintahan Jepun, akhirnya Jepun menyerah kalah dan berundur dari Malaya.

Sewaktu kekosongan yang ditinggalkan pentadbiran Tentera Jepun di Malaya, keadaan Malaya menjadi kucar-kacir apabila sebilangan ahli MPAJA bertindak masuk ke hutan lalu menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) dan bertindak untuk menubuhkan Negara Komunis di Malaya.

British yang kembali memerintah Malaya sedaya-upaya memerangi PKM. Keadaan darurat ketika itu menyaksikan banyak tragedi berdarah angkara Komunis terutamanya Peristiwa Bukit Kepong yang mana ramai anggota keselamatan yang berjuang mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong telah terkorban diserang hendap oleh Komunis.

Setelah komunis berundur dan darurat di tarik balik, keadaan Malaya ketika itu kembali tenang. Kemudian ramai anak muda melayu mula sedar dan bangkit menentang British. Maka tertubuhlah Angkatan Wanita Sedar (AWAS) yang berhaluan sosialis, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan lain-lain. Akan tetapi semua parti tersebut diharamkan oleh British pada tahun 1948 kerana banyak menimbulkan kekacauan.


Ahmad Boestaman


Burhanuddin Helmi


Shamsiah Fakeh

Tahun 1946 hasil inisiatif Dato’ Onn Jaafar dengan hasil kesepakatan orang melayu, maka tertubuhlah Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) sekarang dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Dato’ Onn Jaafar bersepakat bersama orang melayu serta Raja-Raja Melayu untuk memulaukan Majlis Pelancaran Malayan Union.

Dato’ Onn mahu semua penduduk Tanah Melayu menentang Malayan Union dan bertemu dengan Raja-Raja Melayu bagi meraih sokongan terhadap penentangan terhadap Malayan Union. UMNO telah bersatu dengan MIC dan MCA atas inisiatif Dato’ Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk menuntut kemerdekaan Malaya. Tunku Abdul Rahman akhirnya berjaya mendapatkan kemerdekaan Malaya selepas hasil pertemuan dengan Ratu Elizabeth. Maka Tanah Melayu atau Malaya diisytiharkan Merdeka pada tanggal 31 Ogos 1957.


Penentangan terhadap Malayan Union


Penentangan terhadap Malayan Union

Siapa kata tiada pemimpin UMNO yang terlibat dalam penentangan terhadap British? Perjuangan UMNO agak berbeza dengan perjuangan API, AWAS, PUTERA dan lain-lain. Ini kerana UMNO mempunyai pemimpin yang berpandangan jauh dan melakukan penentangan secara halus bukan secara memberontak dan mengangkat senjata. Ternyata kebijaksanaan Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman berjaya membebaskan Tanah Melayu. Jika diikutkan ramai lagi nama-nama pemimpin UMNO yang berjuang menentang British antaranya termasuklah Tun Dr Ismail, Sardon Jubir, Tun Abdul Razak Hussein, Datuk Syed Jaafar Albar dan lain-lain…

Siapa kata untuk mendapatkan kemerdekaan Malaysia ni mudah? Jika mudah, mengapa selama lebih 400 tahun dijajah baru kita boleh mencapai kemerdekaan? Jika mudah, mengapa banyak pejuang yang gugur dalam mempertahankan kedaulatan Tanah Melayu? Berapa banyak air mata yang mengalir dek kerana derita yang ditanggung nenek moyang kita menempuhi darurat semasa era penjajahan? Jika tidak wujud Dato’ Onn Jaafar maka sehingga kini kita masih lagi dijajah… Beliaulah yang menjadi pencetus idea membebaskan Malaya dari cengkaman British yang kemudiannya perjuangan tersebut diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman. Adakah itu masih belum dikira perjuangan? Adakah dengan mengangkat senjata, merusuh, memberontak dan menumpahkan darah baru dinamakan perjuangan?

DragonForce – Kumpulan Hacker Takde Otak

65 Komen


DragonForce – Korang Hacker Takde Otak!!

Siapakah kumpulan yang digelar DragonForce ini? Dikatakan DragonForce ini merupakan sekumpulan hacker atau penggodam atau lebih elok juga dipanggil pandikutty, sebab tindakan mereka telah menyusahkan orang ramai yang ingin mengakses laman web kerajaan malah menyusahkan personel IT jabatan kerajaan untuk membaiki semula laman web yang telah diserang…

DragonForce dikatakan pecahan dari kumpulan RileksCrew… Walau apapun… Tindakan takde otak dan tindakan takde maruah oleh sekumpulan anak muda yang hanya berfikir menggunakan kepala lutut boleh menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan… Tidakkan anak-anak haram ini terfikir bahawa jutaan wang yang rugi itu adalah wang rakyat…

Apa yang mereka marah sangat dengan Kerajaan? Adakah disebabkan kununnya SKMM menyekat laman web perkongsian fail?? WTF!! eXception rasa SKMM tak pernah menyekat sebarang laman web, kecuali jika laman web tersebut boleh memberi ancaman penyebaran virus serta ancaman penggodam dan pencuri identiti… Buka sahaja laman web Rapidshare, Hotfile, Ziddu… Malah nak torrent pun takde masalah… Jadi apa masalah korang haa DragonForce?? Jika disebabkan beberapa laman web seperti Megaupload, Fileserve, Duckload, Depositfile dan lain-lain disekat, macam la korang takde alternatif lain? Malah korang juga boleh bypass DNS server… Tujuan SKMM ialah untuk menyekat muat turun fail tidak sah, bermakna korang telah mencuri harta intelek orang lain… Kerajaan menyekat korang dari mencuri harta intelek orang lain, tapi korang pulak marah… BODOH!!

Rentikanlah kerja dok hacking laman web orang lain, mungkin korang rasa undang-undang kat Malaysia ni tak seketat di US sana? Mungkin korang nak kerajaan bertindak seperti FBI yang mana setiap hacker diburu dan disumbatkan ke dalam penjara?? Ke mana sahaja nak pergi pun ada sahaja ‘mata’ yang memerhatikan pergerakan korang… Korang nak macam tu?

Maka tak salah eXception katakan di sini korang memang BODOH!! Ada otak tak nak guna… Allah bagi korang akal fikiran, bagi kemahiran dalam satu bidang… Tapi korang tak gunakan kearah kebaikan… Korang ni ibarat ‘Tikus Membaiki Labu’… Tak guna satu sen pun!!

Pautan:

Info : RileksCrew vs DragonForce
Dragon Force (Malaysia)

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.